WHERE EVER YOU GO

•April 25, 2011 • Leave a Comment

Oceans apart day after day 
And I slowly go insane 
I hear your voice on the line 
But it doesn’t stop the pain 

If I see you next to never 
How can we say forever 

Wherever you go 
Whatever you do 
I will be right here waiting for you 
Whatever it takes 
Or how my heart breaks 
I will be right here waiting for you 

I took for granted, all the times 
That I though would last somehow 
I hear the laughter, I taste the tears 
But I can’t get near you now 

Oh, can’t you see it baby 
You’ve got me goin’ CrAzY 

Wherever you go 
Whatever you do 
I will be right here waiting for you 
Whatever it takes 
Or how my heart breaks 
I will be right here waiting for you 

I wonder how we can survive 
This romance 
But in the end if I’m with you 
I’ll take the chance 

Oh, can’t you see it baby 
You’ve got me goin’ cRaZy 

Wherever you go 
Whatever you do 
I will be right here waiting for you 
Whatever it takes 
Or how my heart breaks 
I will be right here waiting for you

BURN ~ONE DAY LEAVE

•March 14, 2011 • Leave a Comment

Assalamualaikum,

dimana lokasi aku skrg? laptop didepan mata,sambil  duduk  diatas kerusi..DAN skrg, 14/03/2011 @ 1055Hours- sekali lagi  aku berada di lobby Green leaf hotel, Kuantan… >>seblum pukul 12pm nak check out ni.. aku online jup.. dah 2 hari x online.. so.. bulak lah wordpress untuk tempat meluah rasa dan mengisi masa yang terluang.. heehehe.. bermula la cerita perjalan di hari cuti  selama 3 hari.. erm.. time2 ni je ada masa nak update.. kalau dah kerja.. sgt susah dan tak berkesempatan lah nak update2 selalu blog KDR yang sunyi ni..

tempoh cuti yg diapply 11/03-2011 hingga 14/03/2011.. dengan kata lain.. arini la ari last aku cuti.. huk3.. esok dah kene keje balik.. full swing.. Penattttt.. lotih…

10/3/2011@ 2200 hours

start kete.. gi ambil baju kat dobi.. aku hantar kat dobi je.. takde mase nak basuh2 ni.. hehehe.. bukan nye aku ni kayooo.. cuma tak sempat.. mesin kat rumah pon takde.. klau nak basuh tgn.. aduh.. kena apply cuti special (cuti lenguh badan) marah pulak bos2 kat opis.. hhaha..

 

then.. dari gelang patah dalam pukul 12.00 malam aku bergerak ke kuala lumpur..

Cuaca: hujan lebat sepanjang jalan.. so naik slow and steady jer la.. So.. akibat dr steady sgt nie.. mata pon mula la jadi ngantuk… huhuuh.. ngantuk .. tak sampai pon sejam aku drive.. ngantuk yang amat.. so.. untuk mengutama kan keselamatan.. aku singgah di R&R ape ntah name nye aku pon dah lupa.. hahaha.. ( ngantok kan.. dah tak hirau la name R&R) aku ingat dalam pukul 1a.m aku tido..  aku sedar2 dah pukul 6 pagi.. huhuhu.. .. tersedar .. hujan masih lagi lebat.. mmg tak berhenti hujan ni.. so.. aku gi toilet basuh2 muka and solat .. then sambung balik perjalan ku dgn bertemankan radio..and cd player.. ( baru burn lagu2 yang sentimental/ clasic) ..lagi la ngantuk kan? hahaha.. tak kisah la..janji aku layan.

fuh ujan lebat sgt.. boleh bawk plinglaju pon 80km/h je.. .

pukul 9.30 aku singgah kat hentian senawang.. sebabnya.. Ngntuk lagi.. so.. aku jatuhkan sit n lena sekali lagi.. sedar2 dah pukul 11.45.. aduh. kuat nye tido.. erm.. tanpa lengah2 lagi aku putarkan kunci untuk menhidupkan enjin kereta… Tiba2.. aik. apesal tak nak idup ni.. dicuba sekali lagi.. and then. aduhhhhhh.. lampu tak tutup tadi.. so.. bateri dah weak.. so tanpa lengah lengah kan masa.. aku pon pergi la menyapa sapa2 yang ade kat parking tu untuk mendapat kan jumper.. malangg sekali.. “XDE la bang” ” XDE la bang” .. huhuhu..

last aku terpaksa la menelepon PLUS careline.. huhuhu.. mintak bantuan.. tunggu punya tunggu. akhirnya sampai..


ROSAK APE BANG?? brother plus tu tanya..

 

BATERI JE BANG.. SY NAK MINTAK TOLONG JUMMMPER JE..  tak sampai 30 saat.. dah setel.. hehehe.. pastu.. ape lagi teruskan lah perjalanan balik rumah.. aku sampai lebih kurang dalam pukul 1.30pm.. erm.. lepas sampai tu.. ingat kan boleh tido.. ( tido..je keje) tapi.. adik bongsuku excited la pulak aku balik.. diajak nye main2 bersama dia.. huhuh.. abis bateri badan aku ni.. flat!! huhuhu..

then.. tido……………………………………huhuhu ponat!! abes cuti satu hari diatas jalan raya!!

the next day 12/03/2011…bersambung siri 2 plak.. hehehe.. (mcm drama ade siri2.. apo apo lah)

c.u🙂

Salam Kata Dari Rasa

 

09 Mac Tahun 2.0.1.1 is TODAY

•March 9, 2011 • Leave a Comment

Assalamulaikum..

rasa rasanya ni adalah post ke-2 pada thun 2011 nie..

hehehe.. takpelah.. kalau nak cerita pasal tahun baru mmg dah terlambat la.. dah nak masuk tahun lain da pon.. hak hakhak.. erm..  pada tahun baru ni.. terasa mcm2 pada diri ni.. sdar tak sedar umur pon dah semakin meningkat…uish… dah tua dah rupanya.. hehehe.. byk lagi perkara2 yang tak sempat dibuat… sungguh cepat dah pantas masa berlalu….

so.. ape even2 pada tahun 2011 ni ek..

kalau yang lepas2 tu.. boring sket la.. sebab.. even yang paling besar pada masa ni ialah>>>>>>

>>>KERJA = WORKING.. so bored la.. erm tapi disebabkan komitment yang diberi kan = PROFESIONAL.. so.. kena jalan kan tugas + tanggungjawab dgn penuh dedikasi lah.. hehehe.. (betol la kot)

sebenarnya arini 09.03.2011 adalah tarikh yang speacial jgk ar.. “apa yang speacial sgt tu”

hahaha..

peristiwa 09.03.2010


” Awak jd x kuar ngn syer ni. huarqhaha”

ini lah msg yang aku terima pada tarikh diatas.. hehehe.. exceli aku yang ajak Cik M keluar.. dating la kononnye.. erm.. tapi 1st time tu tak kena masanya.. but for the second time, she agreed.. as msg above..😉

but, she nice… sometime crazy2.. unpredictable person..😀 sudah setahun rupanya.. pantas nya masa berlalu..oklahkan..alamdullilah, that for the TODAY DATE STORY>>> hehehe..

so.. sambung balik cerita yang aku terlepas untuk masa 3 bulan tahun 2011 nie.. exceli kalau nak dutulis di blog ni.. mmg sampai minggu depan pon tak abes… so.. ape yang terlintas aku susun dan tulis je la…

erm.. ape ek?? hehehe.. blur blur.. kita buat secara summary pulak~~

APA HARAPAN DIHATI UNTUK MASA SEKARANG DAN SETERUSNYA..

MY SELF, semoga sehat, semoga lebih putih la.. ( sekarang ni dah bertambah gelap sejak kena jaga site) hahaha , semoga maju jaya dalam perkerjaan tanpa mengabaikan DIA, dia dan family dan org disekeliling yang disayang syg. semoga dapat mencari pekerjaan yang lebih baik demi semua org..  semoga lebih tabah meghadapi kehidupan… erm.. sekaraang dah kearah memasuki alam dewasa .. byk perkara yang nak kena difikirkan sendiri.. dulu bolehlah sikit2 maak,,, sikit abah.. sekarang ni.. byk nak kena fikirkan sendiri tanpa bg efek kat org sekeliling :

MY FAMILY : Semoga sehat semua, semua kasih syg antara satu sama lain tak pudar… semoga mahathir cepat besar.. hehehe.. semoga keluarga kita dicucuri rahmat dariNya..

Hawa: semoga cepat matang dan boleh berfikir secara matang.. erm.. you still young,, dont waste it.. hehe.. pikirkah untuk kebaikan semua.. bukan diri sendiri… THINK!!!

Ahmad: Jaga mak baik2, jgn duk mengepau je.. FIKIR lah untuk kebaikan semua.. dah besar da..

LIA : ni lagi sorang adk perempuan yang semakin besau.. erm.. kecik2 bagus dgr kata… sekarang ni biasa lah meningkat dewasa.. dah jadi remaja.. erm alot in her mind.. but.. with jati diri ,, hope she can manage her sef.. with guide from all people serounding her. i always with you..

Danial: hope he ok, hope Allah bless him… i miss him.. really.. even susah nak tgk dia senyum… hope berapa kat landasan yang betul lah… really hope can sit beside him and talk like brothers… about bola ke? about game ke, about apa apa lah not a serious thing.. HOPE>..😦

Mahathir: be cleaver🙂

Harapan …

Harapan..

Harapan..

Berharap.. aku sgt berharap kalau boleh membuat semuanya menjadi sepurna.. Tapi apakan daya.. diri sendiri pon tak bebrapa sempurna mcm mana nak menukar perjara2 lain menjadi sempurna… erm..

aku harapkan diri aku boleh manjadi seorang ANAK & ABG yang baik dan sempurna.. ADAKAH aKU?? erm.. element yang dependent sgt susah nak dikatakan ataupon nak diimplikasikan.. aku cuma usaha yang terbaik.. itulah yang aku harapkan dan usahakan…

hehehe.. dah byk mengarut tu…

So.. tahun 2011 ni sgt lah mencabar.. mcm2 masalah dtg dgn masa yang terhad.. BYK NAK KENA PIKIR OOO..

hehehe , sampai ada sorang worker aku tegur tapi ” Boss, itu rambut dah beruban kuat sgt pikir masalah ke”

hehehe.. ye ke ? ntah lah aku pon tak nampak la.. sebab mata ade kat depan bukan kat kepala… so.. aku wat taktahu je la.. ///

Huaghh.. ngantok da ni tetiba.. hehhehe.. dah tiba masanya untuk merehatkan minda dan kepala otak..

Sebelum berundur, terima kasih kerana menjadi sebahagian penyokong Kata Dari Rasa secara tidak langsung Menjadi pendengar kata hati penulis.. TQ

Hayati perumpamaan ini~~

Bye` See on the next post………

Salam Kata Dari rasa😉

Salam Kata Dari Rasa

•March 9, 2011 • Leave a Comment

Assalamualaikum.

kepada pembaca or reader blog KDR ( kata dari rasa) yang dah lama sgt tak berupdate.Semoga semua sihat dah dirahmatiNya selalu… tgk diri sendiri kalau sihat >> Say..”alhamdullilah..”  kalau tak berapa sehat “Syukurlah dgn ujian yang tak seberapa berbanding umat2 yang diseberang sana”🙂 <sambil2 ingatkan diri sendiri jugak la nie>…

 

Bercerita pasal blog KDR ni pulak…

” kenapa lama tak update yer”

erm… biasalah,, sekarang ni Penulis KDR sebok berkerja sampai tak sempat nak memikirkan blog ni sehingga terabai berbulan bulan.. hehehe.. so.. bagi menghilangkan kesepian KDR, penulis berhasrat nak update semula la…kiranya ni.. tapi penulis blur ni…sgt tak tahu ape yang nak diupdatekan.. erm… fikir……………… fikir…………….

Sebenarnya sejak 3 4 bulan yang lepas telah byk yang berlaku kepada kehidupan penulis..
mcm2 yang berlaku dan direkodkan didalam memori minda yang tak tahu berapa megabite limitnya.. hehhee…

Ok!! next post~ the real story begin…. see ya~~~🙂

Salam Kata Dari Rasa~~~😉

 

 

UNTUK WANITA SAHAJA – TIGA PULUH LARANGAN

•February 27, 2011 • Leave a Comment

 

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W  MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?  Na’uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita  tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA – AYAHNYA ( PERHATIAN – UNTUK ANAK-ANAK ABAH YANG SAYANG KAT ABAH)

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA – SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA- ABANG-ABANGNYA ( PERHATIAN – UNTUK ADIK-ADIK KEPADA ABANGNYA)

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT – ANAK LELAKINYA ( PERHATIAN KEPADA ANAK- ANAK MAK YANG SAYANGKAN MAK )

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-

“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita

PESANAN BUAT WANITA

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan  (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah “belum sampai seruan”. Seruan apa yang  ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma “Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman” Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan “beriman” dan bukannya “wahai manusia” kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang “Esok tiada bagi mu”. Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada  jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan  tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan
negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

Senarai ini dibuat untuk memudahkan rujukan para kaum muslimin & muslimat.

mahram bagi wanita

*sabit – lelaki yang berkahwin dengan nenek saudara, lelaki yang berkahwin dengan ibu saudara, lelaki yang berkahwin dengan anak saudara

mahram muaqqat – haram mengahwini selagi masih bersuami

*** Kata-kata ini dipetik dari link
http://www.google.com.my/urlsa=t&source=web&cd=5&ved=0CEAQFjAE&url=http%3A%2F%2Fxa.yimg.com%2Fkq%2Fgroups%2F23974158%2F875199817%2Fname%2Funtuk%2Bwanita.doc&rct=j&q=dosa%20abang%20dosa%20bila%20adik%20perempuannya&ei=Q8JpTcbBHYntrAf45vzCCw&usg=AFQjCNGqCypqR7dlfrVLZbK7CCiTuIURgA

LOVE YOUR FAMILY ….🙂 SALAM KATA DARI RASA


her birthday :)

•June 26, 2010 • Leave a Comment

Assalamulaikum..

setelah lama tak update blog sebab bz.. ehehe.. erm.. so time free ni update la sket2.. erm.. sekarang ni aku berada di kuantan.. negeri tanah air ku.. hehehe..

journey dari gelang patah tempat ku mencari rezeki.. ke larkin tempat aku naik bus hingga sampai lah ke kuantan,, hehehe.. sgt tired ekceli.. tapi sgt seronok…sebab dapt bercuti setelah satu bulan bertungkus lumus aku berkerja… erm.. so.. now.. time aku nak beristirehat kan minda.. hehehe..

kalau dipikirkan balik aku malas la nak pikir pasal kerja kalau dah take leave ni.. tapi.. pikir balik dr profesional attitude.. terpaksa jugak la bawak kerja yang mane penting and urgent nak disipkan… but takde la bawak yang heavy2,, just yang ringan2 yang mane sempt nak buat n mane yang mampu aku buat masa ni…

dari gelang patah.. aku pergi hantar motosikal kompeni bagi kat aku kat bengkel..kasi repair yang mane2 patut.. aku tnggal je kat situ..  pastu aku bergerak ke larkin.. stesen bus yang 1st time aku jejak kaki.. hehehe.. naik bus dalam pukul 10.30 mlm (25/6/10).. ke kuantan la.. mane lagi kan..

salah assume

erm.. aku ingat aku tiba di kuantan pukul 5 atau 6 pagi.. tapi sesampai je pukul 3.30am.. adui.. awal tu.. nak buat ape.. aku lepak minum kat mamak dulu la.. memandangkan aku check in hotel pukul 2 ptg.. so.. aku dah tak tahu mane nak tuju nie.. kehulu kehilir tak tentu arah.. huhuhu..

HotEL


thanks to razmi.. member aku yang berada dikuantan.. sebab dia la yang   tolong book kan hotel yang aku menginap sekarang.. aku try jugak tanya2 melaui internet.. but semua nya full house sebab maybe jom heboh berlansung kat sini minggu nie.. ingat nak bilik yang single je.. tapi takde pulak.. penuh punyer pasal.. ape yang tinggal adalah bilik untuk 2 org.. so.. nak tak nak.. ambik jugak la.. hahaha.. hotel yang aku menginap ni.. biase je..tapi oklah.. not bad la untuk short journey.. namanya green leaf hotel.. betul2 kat bndar kuantan ni.. sebelah je ngan jom heboh.. hehe..

tiba di kuantan

dah sampai awal tu.. erm.. pergi jugak la kat hotel.. tunggu kat lobi sambil2 online.. sampai la subuh.. erm.. lama lagi nie.. aduii…

She really kind and the best

tapi.. my gurl telah mengoferkan untuk bg aku guna keretanya.. and dia nak jemput aku kat hotel sementara aku check in.. so.. terima je la.. exceli dia berkerja aritu.. sebelum dia gi kerja dia and kakda( kakak dia lah) dtg jemput aku.. so.. aku hantar dia ke tempat keje dia lah.. dia keje kan.. and aku follow kakda balik rumah.. mandi2 semua.. kakda siapkan makanan bagai.. ( kakda.. sgt baik orgnya, nice person.. thanks kakda n family) really apprecite it..

lama jugak lepak sana.. main ngan anak2 kakda yang comel2 belaka.. hehehe.. walaupon 1st meet.. aku rasa dah lama dlm family ni.. even ada la malu sket2 kan.. rumah org tu.. hahaha.. niway…. thanks again… tengah hari tu aku gi semayang jumaat kat area situ.. gi ngan iqbal.. anak kakda.. erm.. sgt2 mengantuk lah.. merah mata2.. uhuhu.. yelah dr pukul berapa aku tak tido…

erm.. then, lepas tu balik rumah balik dalam pukul 2 petang.. n kakda jemput makan tgh hari pulak… erm.. alahai.. tersentuh hati atas pelawaan kakda n mami.. ( thnaks again) aku pon makan lah.. masakan kakda n mami sedap.. even simple.. but nice..🙂

lepas makan.. aku pun ambil la kereta my gurl.. erm.. nak gi check in hotel.. sampai dalam pukul 3.30 petang kot… pastu check in.. and mandi2 bg segar sket… then aku tido la sekejap.. sebab pukul 4.30 my gurl balik dr kerja.. kena gi jemput la.. memandangkan aku dah take over her car. hehee.. samai2 sana.. dia tak siap lagi.. tunguu la dalam kete.. sampai tetido tido… but. takpelah.. tunggu je la… alang2 dah samapai.. at last.. she comes.. with smile… gumbira sgt~🙂

pastu gi bank kejup.. n anta dia balik rumah…. dia pon mesti la pnat kan.. baru balik kerja.. nak rest jugak..

then, ( aku beredar… tak sampai 10 minit beredar.. dia call>> ajak kluar makan bersama2 untuk celebrate her birthday malam ni lepas magrib..

TAPI.. aku pon x beli ape2 lagi untuk burthday.. ingat nak bg after celebrate.. so..dgn segera pergi la aku ke east coast mall.. mencari sesuatu untuk dia yang aku sayang.. (ceh.. jiwang plak..) dah setel tu.. balik lah aku ke hotel.. mandi2 siap untuk jemput dia kat rumah pulak..

**ingat nak potong rambut.. tapi tak sempat lah..

Celebrate Birthday

mula2 nak gi celebrate kat the horizon. tapi penuh.. last pergi la ramai bersam her family ke tanjung lumpur.. mmg byk kedai kat situ.. then duduk2.. order la bagai2 makanan.. hehehe.. sgt seronok.. tapi malu2 tu confirm ada.. hahaha.. bufday gurl pon sgt happy.. aku tumpang hei la sekali.. hehe… makanan la kat situ sampai kenyang nak pecah perut… huhuhu..

HAPPY BIRTHDAY DEAR…

SEMOGA ULANG TAHUN KE 24 NI MEMBUATKAN SYG HAPPY SELALU,

SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARINYA, DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..

SEMOGA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DIPANJANGKAN UMUR. INSYAALLAH..

DAN SEMOGA COMEY2 SOKMO…HEHEHE

I ALWAYS LOVE YOU..

pastu.. semua dah kenyang.. time to leave.. pastu semua pon balik.. but me and she.. pusing2 bandar kuantan dulu.. takde apee yg menarik.. antar dia balik rumah… semua dah penat n kekenyangan…

aku pon balik ke hotel.. semayg2 n tidoooo..zzz..zzzzz..zzzzzz..zzzzzzzzzzzzzz

( bersambung)


i want fly away

•May 24, 2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum.. setelah lama x update.. kini aku ingin terbang…🙂 terbang?? kemana?? hehehe.. itulah perumpamaan jerr..
kadang kala aku terasa diri aku sekarang ni ada satu tempat shj.. tak berkembang.. hahaha.. kata lain.. safe play~~

but, sometimes, relly2 rasa aku nak cari ultimate diri aku sampai mane.. sebab aku rasa aku tak mengembangkan sayap aku lagi ( cehh.. siap ade sayap lagi) but… itulah yang aku rasa… slama aku berkerja.. determination aku tak sampai pon 100percent.. percaya tak percaya.. aku hanya bagi 1/3 je.. sebab aku fokus on time shj.. masa aku fokus aku fokus betul2.. bila break.. aku dah malas nk pk pasal keje.. then,, semangat tu susah nak naik balik…

but.. realitinya..when aku fokus in work… sorry to say… aku fokus… not 8 hours. but 24 hour.. aku pk pasal kerja je.. patutkah aku…??

seorang yang aku kenal.. sekarang ni sgt brpengaruh… sgt menjadi idola.. sgt respek la kat dia…

“don’t care what people said” “your future in your hand”
“when others work 30 years.. they get experience for 30 years..” but “when you work 10 years.. you get experience for 30 years.. ”
you know what you should do!!! catch it…!!!

tapi mampukah aku… for the 1st face.. aku hanya ikut arus.. langgar sana.. langgar sini.. fault sana and fault sini… mistake here and there…
as ong aku sanggup ambil risiko…. that make me grow.. no safe play for the 1st face… itulah yang aku panggil peringkat belajar… dari situ aku boleh grow… MAMPUKAH AKU… TAHAN KAH AKU NGAN PRESSURE2 NIE.. tapi, selama ini.. aku bertahan dengan >>” BUKANNYA MATI PON KENA PRESSURE?”
ALLah always at 1st place.. anything.. aku ada Dia…

tapi kadang2 aku naik nyampah n bosan laise ngan people yang x boleh pegi ngan aku.. mmg la aku x hebat mcm mereka2… but.. i just want to learn… i try to be nice… aku tahu.. this is professionalism thing.. no mistake should happen!! then.. aku nak buat mcm mane.. try buat yang terbaik je la…

apa yang aku merepek ni aku pon tak tahu…
i just to be me…
apa apa pon doakan lah perjalanan hidup ini dibimbing oleh petunjuk Allah swt… InsyaAllah..