Walimatul Urus~~

•May 23, 2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum

hehehe.. tajuk tu tak boleh tahan.. hehehe.. takpe lah.. memandang kan cuti sekolah pon dah hampir tiba.. so bykla majlis2 perkawinan akan dilansungkan… heehe..

so.. for the time being.. ni la zaman kegemilangan mendirikan rumah tangga bach2 aku dan seangkatan dengannya.. ramai la dikalangan2 sahabat handai yang mula mendirikan masjid..

so.. dengan kata lain.. jadual menhadiri majlis kawen ni clash sana clash sini… hehehe.. poning pakcik!!

so.. walaubagaimanapun.. aku akan usaha la yang terbaik untuk menghadiri majlis2 kalian..

Tahniah and Selamat Pengantin Baru kepada kawan ku eddi ( baru balik ni dr umah dia makan2 gulai) hahaha.. syok tgk~~ huhuhu..

yang lain2 pon sama… Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru.. kekal ke Anak cucu Hendaknya.. InsyaAllah…

Aku??
Majlis AKu?
Wallahualam.. Kalau ada Jodoh Adalah majlis.. InsyaAllah.. hehe

Advertisements

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

•May 22, 2010 • Leave a Comment


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullahmenampalnya sendiri  tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan
‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu mem bantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’ )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa
saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang mem ukul ist erin ya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau mem ukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a. w.
‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? ‘

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,
sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’

‘Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpunmakan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap  dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda mem basuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya
Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Rasulullah s. a. w. bersabda,’SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

•April 3, 2010 • Leave a Comment

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci…  Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak…  Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. .. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. .. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu…  Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil…

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu… Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu…  Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.


Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


WASIAT RASULULLAH S.A.W.


“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhannya maka hendaklah

Dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan  dengan apa Juga pun”.

sembang2

•April 2, 2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum…

Lepas je pegi pasar borong meneman mak aku.. so.. teasa la nak jumpe kawan2…. tapi siapa yang ada kat kg sekarang nie?  yang ade kat kg sekarang ni yg aku pasti mekbe aka roji la.. hahaha.. dia je yang tak gi mane2 lg.. still mencari keje lagi.. so.. ajak lah dia kuar.. dia on je.. aku gi ambik dia kat umah dia lah..

inilah beliau.. pastu dia pon invite sekali ariff.. aku pon dah lame giler tak jumpe….sejak form 1 ..

pergh.. jejak kasih ke nie.. hahaha..

sembang2 la.. mcm2 la.. gosip2 sket.. hahaha.. pastu balik dlm pukul 2.30.. sampai umah dlm pukul 3.0 am.. then tido.. haha..

Hatiku Setenang Dulu…~~ rindu padaMu (Bhgn 2)

•March 30, 2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum.. erm.. kembali bersama.. alhamdullilah.. kehadiran seseorang telah menyedarkan aku.. 🙂

Hatiku Setenang Dulu…~~ rindu padaMu (Bhgn 2)

pada hari kedua aku dikampung.. erm.. hatiku sayu.. sedih… gembira.. mengalir air mata jernih ku… ingat kenangan silam.. kenangan aku kecil dulu.. pahit.. manis.. mcm2 lagi.. liku2 hidup yang aku lalui disini.. lahirkan insan sebagaimana aku sekarang nie…

Pada malam pertama selepas aku balik dr pasar borong.. aku balik.. and baring diruang tamu..berseorangngan.. semua yang lain tido dibilik.. pada maasa ni .. fikiran aku mula kembali ke zaman kanak2.. –dari aku mula tinggal dikelantan.. sehingga la sekarang.. itu lah takdir aku.. tinggal bersama atuk dan nenek aku.. yang byk mengajar aku.. didik aku.. agama.. life.. dan mcm2 lagi.. sehingga menjadi seorang insan.. tak hairanlah dikala aku alpha.. lalai dgn dunia nie.. hatiku tergerak untuk balik ke kg.. terima kasih mok and tokbah..

erm.. tido di rumah ni.. SANGAT TENANG… masalah semua aku lupakan sementara.. aku menjadi aku yang dulu… SGT TENANG SEKALI..

dan.. aku tertido..

jam 5.30am.. aku terjaga.. erm.. aku bangun.. mandi2.. dan perkenakan pelikat dan baju melayu hitam aku.. then aku ke madrasah..

Erm.. tiada orang lagi.. aku tunggu2.. dan tunggu.. sampai 6.15.. tiada jugak.. ku hamparkan sejadah.. qammat.. dan ku tunaikan solat subuh ku..

lepas tu.. aku balik kerumah.. dan duduk di laman saja.. aku tak naik kedalam rumah.. pagi2 mcm ni aku suka duduk kat laman.. tunggu matahari naik.. masa kecik2 dulu.. aku duduk kat laman ni tgk je.. atuk n nenek aku berkebun.. sayu hati rasanya.. huhu..

sekarang ni.. dimanakan diri aku.. siapakah diri aku.. siapakah aku esok… ??

persoalan yang biasa aku tanya..?? tapi tak pernah terjawab.,..

walaupon mcm tui.. disini..

bila aku berada di depan rumah sambil lihat permandangan …

hati ku rasa tenang…. sgt…sgt tenang… Ya Allah.. Berilah aku Petunjuk Dan HidayahMu.. Aku Sgt MerinduiMu..

Hatiku Setenang Dulu…~~ (Bhgn 1)

•March 30, 2010 • Leave a Comment

Hatiku Setenang Dulu~~( ada kisah disebalik hati)

Assalaamualaikum.. erm.. dah agak lama aku tak menulis blog ni.. sejak dua menjak ni aku bz sket… kerja n kerja n ade kerja lain.. hehehe..

erm.. exceli baru balik dr kampung aku.. erm.. sgt best.. sebab agak lama jugak la aku tak balik.. last aku balik pada raya puasa yang lepas.. erm.. agak lama… semenjak aku keje ni.. nak balik kg pon susah.. erm.. ntah la.. dah pon nama kerja kan.. kalau dulu mase belajar.. lain la… time cuti je.. .. takde gi mane dah.. nak taknak pon.. kena balik jugak kg jugak…. skarang ni.. kena pandai atur masa ngan cuti untuk balik.. keputusan sendiri.. erm.. ntah la.. ade something yang buat aku rindu sgt nak balik.. menarik hati aku untuk balik.. .. jenguk atuk n nenek aku.. n makcik2 aku.. even.. aku balik 2 hari je.. tapi memadai la bg aku.. 🙂

Al-kisahnya.. mula2 aku nak balik naik flight… tapi pk2 balik kalau naik flight konform kat sana aku tak boleh bergerak nak gi mane2… so ambik la desicion untuk baik naik kete.. mak pon nak ikut jugak.. bagus la.. adik kecik aku pon ikut sekali.. Mahathir.. n Danial.. .

Jumaat 26/03/2010

5a.m – aku bangun dari tido.. then mandi2..

5.45a.m – rutin aku akan wish gud morning untuk awak!! 🙂 ( hhehe)

6.00a.m – start and drive mycar to Al-Ikhwan utk solat subuh

7.00am – pulang dr Al-Ikhwan.. pastu cari2 baju untuk di packing.. cari2 beg baju tak jumpa..naik turun naik turun.. last2 aku pakai plastic je letak baju2 aku.. huhu.. then makan la roti telur yang mak aku sediakan.n teh o panas.. untuk mengalas perot yang berbunyik2 nie..

7.40am.. – mula drive menuju kekampung aku .. ( Ya Allah selamatkan Perjalananku.. )

Punya la jem nak kluar kL.. pukul 9.30 baru sampai ke tol gombak..

12.00pm.. aku sampai di Gua Musang.. erm.. Brenti Makan jup.. before tu Call syg jup.. Worry pasal charger laptop.. then baru makan..

12.30.. Bergerak balik.. ngantok sgt2.. tahan jela..

ada jugak la ubat tak bg aku ngantuk.. hehe.. my little broter ni.. nakal!!

3.30pm. Tiba di rumah nenda.. naik rumah semayang zohor..pastu niat dihati nak tido.. tp takleh tido .. sembang la ngan tok abah.( aku sembang sambil baring je kat ruang tamu tu) LAST2 tetido jugak ngan automatiknya.. hahaha..

6.30pm.. aku tersedar.. erm.. dah lambat.. solat asar… pastu baru gi mandi.. hik hik..

7.30pm.. di Madrasah Kg Jelutong.. (30 saat je jalan kaki)

7.50pm.. balik umah kejup.. makan nasik.. lapor.. hehe… best.. even lauk simple.. huhu.. tapi tiada seenak makanan yang nenek aku masak.. haha..

pastu.. make call to her.. yang baru je balik dr  putrajaya time tu..miss her soooo much.. 🙂

8.35pm.. kembali ke madrasah..

9.00pm.. balik rumah.. erm.. tgk tv kejup n sembang ngan nenda kku sampai..

tiba2.. “jie.. jom gi pasar borong”

“watpe?”..aku tanya la..haha

“beli baju untuk danial ni.. takde baju dah dia”

erm.. betul ke ni?? nk pegi ari ni ke.. urm…. hehehe

then.. last2 gi jugak la.. pasar borong.. uhuhu.. ramai tol org.. hak hak..

.. limau.. .. cedap..!!

tudung.. fuh.. byk giler.. ni baru satu kedai.. kalau 10.. lagi byk.. mak pon beli jugak.. dah kelabu mata da.. haha

target utama.. nak cr baju.. hahaa.. so cari la baju 2 elai untuk adik aku yang sorang tu.. dia tak ikut pon.. duk umah tgk tv.. kirim je baju.. mcm mane nak tgk saiz aku pon tak tahu.. sedap mata merasa.. kira ok la kot… hehee..

Time ni aku tak de nak nak beli belah sgt.. pasal.. erm.. kena la jaga mahathir adikku yang sorang tu.. dia dah ngantok.. pastu jln2 plak.. erm.. paham2 la ek kalau baby dah ngantok n xleh tido.. erm.. last2.. dukung sana dukung sini..

” mak pergi la beli ape2..” biar eg jaga dia kat sini.. ” hehee.. kan senang.. berpecah la aku ngan mak kejup.. erm.. nak bgi mahathir diam.. aku pon beli air soya satu.. hehehe.. diam pon dia..

hehehe.. Lenguh lengan.. hehe.. berat!!!  erm.. pastu wat pe.. balik rumah la…

esok mak kata nak datang lagi.. mak nak beli buah pauh!! hehehe.. nak buat balik KL..

bersambung..

HARUSKAH AKU…???

•March 22, 2010 • Leave a Comment

sebelum aku memulakan blog.. erm.. dah ade yang komen.. ehehe

“harus ape ea…jngn terlalu bnyk berfikir..serahkan pd ilahi..”

so.. erm.. post ni mungkin dipospone tahun hadapan.. hehehe..

bersambung 🙂