Lelaki & Wanita yang Cantik…

  • Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukanlah dilihat pada rupa fizikal,tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  3. Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
  5. Lelaki yang baik sangka
  6. Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W merupakan kecantikan sempurna seorang lelaki…

  • Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan terletak pada kepejalan otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah adalah :-

  1. Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
  3. Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan wanita terletak di atas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Saidatina Khadijah adalah kegagahan sempurna seorang wanita.

Sekadar renungan dan perkongsian kita bersama. Sama-samalah kita muhasabah diri dalam mencari keredhaan Allah. Sememangnya sukar bagi kita untuk menjadi sempurna seperti sempurnanya Nabi Muhammad mahupun Khadijah. Namun seharusnya kita berusaha dan berikhtiar memperbaiki serta meningkatkan prestasi diri ke arah kebaikan demi mencari rahmat dan kebahagiaan hidup dunia & akhirat. Seperti firman Allah, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia berusaha mengubah nasibnya dirinya.

Akhir kalam, istiqamahlah dalam setiap amalan kebaikan dan perubahan yang dilakukan, carilah dan rebutlah peluang hidup yang telah diberikan kepada kita dengan amalan-amalan kebaikan dan kebajikan yang bisa membawa kita ke jalan Allah. Moga kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan dan keredhaan Allah s.w.t insyaAllah…

this post is took from  tasbih rindu

~ by rezzaamizy on March 18, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: